• Home
  • /Blog
  • /TIPS MEMUJUK & MELEMBUTKAN HATI WANITA
TIPS MEMUJUK & MELEMBUTKAN HATI WANITA

TIPS MEMUJUK & MELEMBUTKAN HATI WANITA

       

 

                  Perempuan merajuk biasanya sebab korang tak telefon atau sms dia dalam satu hari, cemburu atau korang terlupa tarikh-tarikh penting dia. Biasanya bila perempuan merajuk, dia akan pandang tempat lain, tak ada mood nak bercakap, tanya sepatah jawab sepatah, diam dengan muka masam dan habis mulut dia dimuncungkan. Jadi .. Pada orang lelaki , pandai- pandai lah cuba untuk pujuk pasangan anda. Cuba kurangkan ego , jangan suka ikut perasaan . Harini kami ada beberapa tips memujuk dan melembutkan hati wanita. Boleh guna kalau rasa tips kami ini bermanfaat untuk anda. 🙂

1)BERTOLAK ANSUR

Wanita ini mempunyai hati yang lembut. Jadi belajar bertolak ansur dalam perkara-perkara yang menyulitkan hubungan anda, kerana wanita yang mempunyai hati yang lembut ini mudah tersentuh. Jangan terlalu berkeras dan berkasar dengan pasangan anda dan belajar berbincang untuk membuat sesuatu keputusan atau jika ada masalah. Jika anda tidak bersetuju dengan pandangan isteri/pasangan anda, katakan dengan ayat lembut dan beri justifikasi yang logik dan masuk akal supaya dia boleh terima.

2) JANGAN EGO

Ego ini merupakan masalah terbesar dalam hubungan terutamanya pada lelaki. Lelaki terlalu ego untuk mengaku kesalahan dan ini boleh membunuh hubungan kasih sayang anda. Jika anda telah mengguris hati pasangan anda, ringankan mulut untuk melafazkan kata maaf… Satu kata maaf itu boleh membuatkan hati wanita lembut kembali.

3) RAJIN

Lelaki yang rajin dapat memikat dan melembutkan hati wanita. Jadi lelaki yang ingin memujuk isteri/pasangan anda, boleh berubah menjadi lelaki yang ringan tulang… Tetapi biarlah ia berterusan, bukan semasa ingin memujuk sahaja. Kalau boleh, bantu isteri anda dengan kerja rumah dan menguruskan anak-anak sekali sekala.

 

4) BERI KEJUTAN

Sekali-sekala berikan kejutan seperti hadiah yang ikhlas yang ingin anda berikan padanya seperti sekuntum bunga, ataupun barang kegemarannya. Kalau anda bukan jenis suami atau pasangan yang memberikannya hadiah kejutan, inilah masanya. Tetapi jangan pula berikan kejutan yang boleh buat dia sakit jantung seperti ‘madu baru’. Itu kejutan yang boleh membawa maut… pada kedua-dua belah pihak.

5) PUJI MEMUJI

Ramai wanita suka dipuji dan diberikan kata-kata indah yang menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya. Sekali-sekala gunakan cara yang bukan tradisional seperti SMS,Whatsapp ataupun hantar gambar yang indah untuk melembutkan hati si dia. Walaupun adakalanya lelaki menganggap ini merupakan perkara yang remeh untuk dilakukan, percayalah, nanti lama kelamaan, kasih sayang di dalam rumah tangga pun akan makin pudar kalau tidak disuburkan dengan perkara mudah seperti ini.

 

 

                 Jika selama ini anda tidak pernah mengucapkan terima kasih atau ucapan penghargaan terhadap pengorbanannya sebagai isteri, cuba ucapkan padanya seikhlas hati. Ramai wanita suka dipuji dan diberikan kata-kata indah yang menunjukkan kasih sayang anda terhadapnya. Sekali-sekala gunakan cara yang bukan tradisional seperti SMS,Whatsapp ataupun hantar gambar yang indah untuk melembutkan hati si dia. Walaupun adakalanya lelaki menganggap ini merupakan perkara yang remeh untuk dilakukan, percayalah, nanti lama kelamaan, kasih sayang di dalam rumah tangga pun akan makin pudar kalau tidak disuburkan dengan perkara mudah seperti ini.

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Enjoy this blog? Please spread the word :)