TIPS KAHWIN MUDA

 

Apabila kita perhatikan dan hayati trend anak muda zaman sekarang ni, ramai yang mendirikan rumahtangga pada usia muda. Sama ada selepas tamat sekolah mahupun semasa menuntut ilmu di universiti atau kolej swasta.

Namun demikian, niat suci anak-anak muda ini ada yang disokong keluarga ada juga yang ditentang keluarga. Bagi yang menentang, mereka merasakan usia anak-anak mereka terlalu muda untuk mengemudikan rumahtangga yang bakal dibina hingga ke akhir hayat. Tetapi bagi yang menyokong, mereka merasakan bahawa dengan berkahwin anak-anak mereka tidak akan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak.

 Kami kongsikan tips macam mana anak-anak yang nak berkahwin muda ni dapat restu dari keluarga mereka untuk mendirikan rumahtangga selaras dengan syariat Islam. Mari baca.

 

#8 Niat itu penting

Tepuk dada tanya iman, adakah anda berkahwin di usia muda hanya kerana nafsu atau untuk mencari keredhaan dari Allah? Apabila berkahwin muda, tanggungjawab anda semakin besar, untuk membimbing dan dibimbing. Melalui perkahwinan, anda dapat mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah.

 

#7 Biarlah ikhlas dan jujur

Sentiasa tunjukkan akhlak yang baik dan istiqamah dalam melakukan kebaikkan dengan orang sekeliling anda terutamanya keluarga anda dan keluarga bakal mertua anda. InshaAllah lembut hati kedua-dua belah pihak untuk membenarkan anda dan pasangan anda mendirikan rumahtangga pada usia muda.

 

#6 Tunjukkan kematangan

Ini penting. Sentiasa peka dengan isu semasa dan lontarlah pendapat yang bernas ketika berbicara dengan ahli keluarga. Jangan biarkan umur anda mempengaruhi kematangan anda. Barulah ahli keluarga anda yakin dan beri green light untuk anda berkahwin muda. Yeehaa~

 

#5 Nak kahwin biar berduit

Bagi lelaki, pastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil untuk berkahwin kerana anda akan menjadi ketua keluarga dimana anda bertanggungjawab menyediakan segala keperluan buat sang isteri daripada makan, pakai, tempat tinggal dan sebagainya. Niat anda pasti ditolak mentah-mentah oleh keluarga pihak perempuan untuk berkahwin sekiranya anda tidak mampu menyara isteri anda selepas berkahwin. Bukan mereka inginkan menantu kaya tetapi setiap ibubapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka kan. Sekiranya anda seorang pelajar, anda boleh buat kerja sambilan seperti grab car untuk menampung kos perkahwinan anda.

 

#4 Bawalah si dia berjumpa ahli keluarga anda

Restu ibubapa penting untuk mengelakkan timbulnya masalah dikemudian hari. Bawalah pasangan anda untuk berjumpa dengan keluarga anda terlebih dahulu agar keluarga anda dapat mengenal dia dengan lebih dekat. Tanyakan pendapat ahli keluarga anda mengenai si dia sama ada pilihan anda diterima atau ditolak mentah-mentah.

 

 #3 Lelaki Jadilah gentleman

Untuk memulakan sesuatu hubungan si lelaki haruslah minta izin kepada keluarga si dia sama ada mereka merestui atau tidak. Rileks. Tahu hati anda mesti dupdap dan berdebar bagai nak gila kan. Istighfar, sadokan hati dan gagahkan diri. Nyatakan dengan jelas kenapa anda hendak berkahwin dengan si dia di usia muda ini. Yang penting, anda kena pandai tackle hati bakal mertua anda. inshaAllah, mesti dapat green light punyalah!

 

#2 Berdoalah agar dilembutkan hati keluarga

Banyakkan solat sunat dan berdoalah kepada Allah agar niat anda yang ikhlas ini dipermudahkan Allah. Sekiranya keluarga anda menentang niat anda yang ikhlas ini, berdoalah kepada Allah agar dilembutkan hati keluarga. Sesungguhnya Allah yang Maha mengetahui sesuatu perkara. Yakin dengan perancangan Allah, okay?

 

#1 Ya, saya bersedia untuk berkahwin di usia muda

Bear in mind that berkahwin di usia muda bukanlah perkara yang mudah. Banyak tanggungjawab yang anda bakal galas. Bersedialah dari segi fizikal dan mental. Perkahwinan ni bukanlah macam zaman kita couple-break sesuka hati. Ia ialah hubungan yang sangat suci dan dituntut oleh syarak. Sekiranya anda mempunyai masalah dan perlukan telinga untuk bebincang, pastikan anda mendapatkan khidmat pandangan daripada orang yang lebih tua daripada anda. Dan apabila anda pasti dan yakin dengan pilihan anda, tunjukkan kesungguhan bahawa anda mampu mengemudikan perkahwinan yang selaras dengan Islam. InshaAllah, anda mampu membina rumahtangga yang bahagia.

 

***Gambar-gambar credit to Google***

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Enjoy this blog? Please spread the word :)