TIPS JIMAT BELANJA KAHWIN

33896d71-ac47-461d-a51d-70265bd06712
Setiap pasangan yang bakal berkahwin menginginkan majlis yang indah dan mewah tetapi tidak mahu menanggung hutang yang tinggi untuk majlis yang usianya sehari sahaja. Tak dapat dinafikan bahawa tidak ada bakal pengantin yang inginkan majlis yang ala kadar.  Yelah, sekiranya pengantin membuat majlis gilang-gemilang, ongkosnya tinggi maa~ Kena ingat selepas berkahwin, banyak duit nak pakai untuk kelengkapan rumah lebih-lebih lagi ekonomi negara agak tidak stabil. Biarlah majlis sederhana yang penting barakah dan mengikut bajet anda. Elakkan berhutang atau membuat pinjaman yang tak masuk akal untuk majlis yang gah satu hari kerana kehidupan selepas berkahwin itu lagi penting.

Disini, kami ingin kongsikan panduan untuk menjimatkan kos perkahwinan anda, meriah tapi kos mampu milik. Gituwww~

  • Hantaran dan mas kawin

If hati tu dah memang terbuka untuk mendirikan rumahtangga, pasangan lelaki dan perempuan wajib berbincang dari hati ke hati kemampuan si lelaki untuk menyediakan hantaran. Yang penting lepas untuk membuat kenduri. Pihak perempuan pesanlah kat keluarga jangan minta hantaran berbelas ghibuu. Biar rendah hantaran tetapi tak berhutang. Jika berlandaskan syariat Islam, kenduri perkahwinan adalah tangungjawab keluarga perempuan, lebih specific ayah & ibu pengantin perempuan. Islam kan indah ~ kenapa nak susahkan benda yang senang kan?

056ef8c5-2999-488a-9a45-7312154ea32f

 

  • Barang hantaran

Highly recommended for those yang nak kahwin tu beli barang hantaran time sale. Hellooo~ orang takdenya nak belek-belek hantaran awak tanya harga setiap barang. Kalau orang tu memang jenis kepochi, awak semua nyanyilah lagu Dato CT, biarlah rahsia~~ untuk hiasan dulang hantaran tu, awak semua hentam je asalkan nampak lawoo di mata awak. No need lah fresh flower bagai, nanti buang jugakkan? Betul tak? Orang tua-tua cakap biar simple asalkan bergaya.

 

  • Buat satu majlis yang sederhana je

Awak semua kalau nak kenduri grand memang lambat lagilah nak  berkahwin tu. Lainlah awak atau pasangan awak tu dari keluarga yang senang. Petik jari je dapat itu ini macam drama TV3 tu. Lagi baik kalau pihak lelaki dan perempuan sepakat untuk buat satu majlis je. Jimat weh. Balance duit tu korang boleh buat duit honeymoon. Cerdik tak? Advantage for those yang ambik katering tapi makanan dia sedap bak ang. Sebab tetamu akan ingat sampai bila-bila makanan yang korang sajikan untuk dorang walaupun korang cuma buat satu majlis je.

 3c3222ce-1581-4689-bce7-ab07126c4445

  • Sewa baju pengantin sahaja

Untuk baju nikah, better beli, upah orang jahit atau jahit sendiri je bagi yang pandai jahit sebab bajet dia sama je kalau beli. Baju nikah tu boleh pilih kaler-kaler yang soft macam peach ke. Lepasni boleh je buat baju nikah tu pergi kenduri kahwin kawan ke atau jadikan terus sebagai baju raya. Bukan orang perasan pun. Huhu. Untuk baju waktu bersanding je sewa kat butik pengantin. Bandingkan harga sewa baju pengantin dan pilih mengikut kemampuan bajet anda.

  • Doorgift dan kad jemputan

Trend sekarang ni apabila buat majlis je tetamu akan mendapat mug, mangkuk kaca dan sebagainya. Kebiasaanya, tetamu akan membuat doorgift tu sebagai perhiasan. Why not, awak semua beli benda yang boleh mengenyangkan perut tetamu. Sebagai contoh, beri biskut tiger yang singgit tu ikat reben dan bagi kat tetamu. Biskut tiger tu boleh je beli kat kedai borong macam Cowboy. Boleh dapat kurang dari singgit kalau beli borong tau. Ayuh, tunggu apa lagi. Mari berbelanja dengan jimat.

ea90c50f-a722-4d11-a203-4100f736e3d9

 

Untuk kad jemputan tu pulak, nak jimat boleh je buat sendiri sebab zaman sekarang ni dah macam-macam software yang ada kat pasaran. Tunggu download, edit dan print je. Kalau dah tak tahu sangat boleh je tengok video tutorial kat youtube. Mudah bukan untuk berbelanja dengan hemah dengan bajet yang kecil?

 

  • Khidmat jurugambar dan katering

Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Biasanya diskaun hebat akan diberikan. Selain itu, tarikh juga mainkan peranan. Sekiranya anda menempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan sewaktu cuti persekolahan, harganya juga boleh dirunding dan lebih murah dari waktu yang sibuk.

 

Semoga tips diatas bermanfaat dan dapat membantu anda semua yang sibuk menguruskan hari bahagia anda. Ingat, berbelanjalah dengan hemah.

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Enjoy this blog? Please spread the word :)