LOKASI PERKAHWINAN YANG SESUAI DENGAN BAJET

 

              Jika anda ingin memilih lokasi yang terbaik,pilih lah lokasi yang lengkap dan tidak mempunyai banyak masalah.Terdapat banyak lokasi perkahwinan yang boleh anda pilih mengikut bajet dan sesuai dengan anda.Kali ini kami nak share beberapa lokasi yang biasa Miezipro pergi untuk wedding event.

1)DEWAN SERBAGUNA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ada yang memilih untuk mengadakan majlis di dewan kerana lebih luas dan selesa. Mudah untuk tetamu hadir. Tapi di sini, anda (bakal pengantin) haruslah menitikberat mengenai susunan meja dan sebagainya. Pastikan anda rancang rapi persediaan jangankan pula sehari sebelum majlis, masih ada yang tidak cukup.

-Jika anda mahu menjemput tetamu yang ramai kami suggest anda pilih dewan serbaguna. Kerana mampu memuatkan kapasiti tetamu yang ramai pada satu-satu masa dan harga sewaan juga murah.

2)RUMAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-Masih ramai yang memilih untuk mengadakan majlis mereka hanya di kediaman. Ini kerana mudah dan lebih menjimatkan kos. Kos yang boleh mereka gunakan untuk persediaan lain.

-Bagi aturcara aktiviti majlis. Kebanyakkan mereka gemar mengadakan sesi karaoke malam sebelum majlis atau malam majlis.Saje kami nak ingatkan bahawa hidup kita berjiran, haruslah terlebih dahulu anda minta kebenaran mereka.

-Menutup jalan kawasan rumah/lorong kediaman anda, jangan lah terlalu pentingkan diri dengan lakukan semua sendiri, sebaliknya berbincang lah terlebih dahulu serta mendapat kebenaran pihak berkenaan. Bukan apa, jika kita berbudi, insyaAllah dengan izin dia, mereka yang membantu akan mendoakan perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

3)HOTEL

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih,mereka lebih suka buat majlis di hotel.Mungkin kerana mereka ingin nampak mewah dan semua telah disiapkan oleh pihak hotel,ditambah pula sejuk (penghawa dingin) tetamu pun suka.

-Tetapi tetamu yang hadir adalah terhad dan mereka mempunyai tema yang tertentu.

-Bakal pengantin harus menyenaraikan senarai jemputan dan senarai tetamu di dalam list jemputan anda.Sebab hotel tidak mampu menampung bilangan tetamu yang ramai.

4)MASJID/SURAU

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selalunya mereka menjadikan masjid atau surau ini sebagai lokasi akad nikah.

-Kami sarankan anda untuk terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari pihak berkenaan sebelum melakukan majlis.

5)TAMAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-Banyak pasangan ada buat majlis dekat taman.Dengan tema ‘Garden wedding’ selalunya mereka akan lakukan sebelah petang untuk mendapatkan angin yang menghembus bayu.Konsep ini lebih menampakkan gaya santai dan terbuka. Jika lokasi taman ini menjadi pilihan anda, harus diingatkan bahawa kita tidak dapat menjangka cuaca.

KAWASAN PARKING

-Perlu mengambil kira ruang parking sebelum memilih lokasi majlis kerana kebanyakan kita sekarang sudah ada kereta dan jarang tetamu yang akan hadir menggunakan public transport. Jika memilih untuk buat dirumah, pastikan kawasan jalan perumahan tak kecil atau sempit.

BAJET

-Apa-apa pun dalam memilih lokasi majlis, anda hendaklah mempunyai bajet yang mencukupi dan bersesuaian dengan lokasi yang dipilih. Seeloknya rancang bajet terlebih dahulu dan bincanglah bersama keluarga.

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.