fbpx

Pengenalan Syarikat

MIEZIPRO PRODUCTION SDN BHD  merupakan sebuah syarikat unggul dalam memberikan perkhidmatan jurugambar, khususnya untuk majlis perkahwinan. Kepakaran & kemahiran kami adalah memberikan khidmat jurugambar profesional dengan menghasilkan gambar-gambar yang terbaik & berkualiti tinggi.

MIEZIPRO pada awalnya dikenali sebagai MIEZI PHOTO STUDIO telah ditubuhkan pada Januari 2011. Sepanjang 2011 hingga 2016 ,MIEZI PHOTO STUDIO bergerak aktif menyediakan perkhidmatan Jurugambar Perkahwinan di seluruh Malaysia.

 

Pada Oktober 2016 , bermulah lembaran baharu bagi MIEZI PHOTO STUDIO apabila melalui fasa pembaharuan & penjenamaan semula kepada MIEZIPRO PRODUCTION SDN BHD . Bermula dari itu , nama MIEZIPRO dipilih & digunakan sebagai nama komersial dalam semua urusan harian.

 

MIEZIPRO telah diasaskan oleh Tuan Hasrul Azmi Bin Said yang terlibat aktif didalam dunia photography sejak tahun 2010 lagi. Bermula dengan minat sekadar hobi dipermulaanya, kemudian bertukar menjadi serius membantu pelanggan bagi memiliki gambar berkualiti & terbaik sepanjang majlis perkahwinan mereka untuk simpanan masa hadapan.

Kini , MIEZIPRO dianggotai oleh 5 orang anak muda yang sentiasa memastikan perjalanan syarikat ini berjalan lancar & berusaha memenuhi keperluan pelanggan. Iltizam MIEZIPRO untuk terus memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan dengan menjaga kualiti kerja jurugambar serta album yang dihasilkan. Doakan MIEZIPRO agar terus maju & berdaya saing meneruskan perkhidmatan ini dimasa hadapan. Amin..