APAKAH TUGASAN JURUGAMBAR SEPANJANG MAJLIS PERKAHWINAN

Bila sebut mengenai jurugambar, kita semua tahu tugas utamanya ialah mengambil gambar pengantin sepanjang majlis perkahwinan. Namun demikian, untuk menjadi jurugambar ia bukanlah mudah kerana tugasannya sangat mencabar dan memerlukan skill tertentu untuk memastikan gambar yang diambil cantik. Oleh itu, mari saya ceritakan apa tugasan jurugambar sepanjang majlis perkahwinan.

Jurugambar harus tahu waktu majlis berlangsung.

Untuk menjadi seorang jurugambar yang disenangi, seseorang itu perlulah tahu waktu-waktu penting sepanjang majlis berlangsung. Tiga waktu penting di dalam sebuah perkahwinan ialah nikah, sanding dan outdoor. Disini, jurugambar perlulah bertenang untuk menjalankan tugas-tugasnya sepanjang majlis berlangsung.

Peka setiap pergerakan ahli keluarga pengantin

Seorang jurugambar haruslah peka dengan setiap pergerakan ahli keluarga pengantin. Hal ini kerana, sanak-saudara pengantin akan bergilir-gilir untuk bergambar dengan pengantin dimana-mana sahaja sama ada ketika di pelamin atau ketika pengantin bertegur sapa dengan tetamu yang hadir. Justeru itu, jurugambar haruslah bersedia untuk merakam gambar pengantin dan tetamu sepanjang majlis berlangsung.

Datang 30 minit awal sebelum majlis berlangsung

Seorang jurugambar haruslah menonjolkan sikap profesional dan attitude yang positif untuk memastikan pelanggan-pelanggannya selesa dan suka untuk berkerjasama di masa akan datang. Jurugambar yang profesional haruslah datang sekurang-kurangnya 30 minit awal sebelum majlis bermula. Ini bagi memastikan jurugambar dapat menganalisa suasana majlis dan mengenalpasti tempat-tempat yang cantik untuk mengambil gambar pengantin.

 

Ikut atur cara majlis yang ditetapkan dengan betul

Jurugambar juga perlu mengikut atur cara yang ditetapkan oleh pengantin dengan betul. Hal ini supaya pengantin sentiasa bersedia untuk bergambar. Ia amatlah penting untuk memastikan tetamu yang hadir tidak berebut-rebut untuk bergambar dengan pengantin.

 

Tunjuk ajar posing kepada pengantin

Semua sedia maklum bahawa pengantin baru akan malu-malu untuk berposing bersama. Kesannya, gambar pengantin akan menjadi kaku dan awkward. Jadi amat penting bagi seorang jurugambar untuk memberi tunjuk ajar posing yang sesuai kepada pengantin.

Pastikan gambar pengantin dan ahli keluarga dirakam

Jurugambar haruslah memastikan gambar pengantin dan ahli keluarga dirakam. Hal ini kerana, majlis perkahwinan merupakan majlis perjumpaan diantara pengantin dan ahli keluarga selain pada hari perayaan aidilfitri dan aidiladha. Susah untuk kumpul bersama-sama kerana setiap keluarga mempunyai komitmen masing-masing bukan?

Memaksimumkan gambar di pelamin/ penggunaan pelamin

Jurugambar juga haruslah memaksimumkan gambar di pelamin. Dahlah pengantin kahwin sekali seumur hidup. Membazir pengantin bayar pelamin mahal-mahal kalau gambar di pelamin sedikit bukan?

Terima kasih kerana sudi membaca.

Diharap membantu semua bakal pengantin memahami tugas seorang jurugambar.

***Gambar-gambar credit to Google***

 

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.