• Home
  • /Blog
  • /” 10 PERANGAI BAKAL PENGANTIN YANG KORANG KENA FAHAM “
” 10 PERANGAI BAKAL PENGANTIN YANG KORANG KENA FAHAM “

” 10 PERANGAI BAKAL PENGANTIN YANG KORANG KENA FAHAM “

Raya dah habis, kini tiba masa untuk menghadiri jemputan perkahwinan pula. Baik perkahwinan saudara ataupun kawan2. Memang dah mula lah musim perkahwinan sekarang ni.
.
Korang mesti ada kawan yang nak berkahwin? Cuba lihat kalau ada 10 perangai ni ada atau tidak pada rakan korang tu!
.
Kalau ada kawan korang yg macam tu korang jangan pelik sebab hari ni Mimin nak kongsi sikit 10 PERANGAI BAKAL PENGANTIN yg korang kena faham.. 😉

# 1. Selalu on diet 

Kalau ajak makan lunch ke, makan dinner ke, lepak minum-minum ke, selalu dia jawab “Tak boleh, tengah diet.” HAH… ini memang biasa.

Yang berjiwa gagah dan kental sedikit, ada yang lepak sama juga, tapi dia order makanan yang berkalori rendah sahaja. Ini memang respect ah.

#2. Follow banyak akaun yang berkaitan perkahwinan di Insta/fb

Ada satu ruangan di Instagram yang selalu update aktiviti terkini kawan kita. Kawan yang sorang ini update dia selalu tentang dia like, komen atau follow akaun yang berkaitan perkahwinan.

Daripada pelamin, pembuat hantaran, mekap, baju hinggalah kanopi. Semua dia follow.

#3. Jimat

Kalau dulu kawan korang ini suka shopping, beli baju, beli make up, beli macam-macam. suka travel, suka makan dan lain-lain, akhir-akhir ini dia seperti sudah perlahankan sedikit aktivitinya.

Terutamanya aktiviti yang melibatkan belanja yang mahal. Ada juga yang sudah mula bawa bekal. Jangan diusik pulak.

Bukan senang nak bendung aktiviti yang sudah selalu kita buat. Bagi sokongan padu.

#4. Mula bersenam

Kawan anda ini dulu couch potato? Tiba-tiba lepas kerja, aktiviti dia sekarang pergi bersenam di taman atau ke gym ke atau pergi main badminton ke. Makin rajin dan gigih.

Tapi, ada juga yang azam dah sampai, tapi setakat ini hanya mulut sahaja yang baru bergerak. Bagi support sikit pada rakan anda.

Kalau rakan anda benar-benar mahu ketatkan dan tengangkan lemak-lemak yang selalu goyang-goyang itu, ambil masa juga. Jadi kena mula awal sedikit.

#5. Power pasal make up

Kawan anda yang nak kahwin ini makin power pasal make up. ‘Countouring’ pun dah macam pro. Ini semua hasil research kawan anda tentang make up dan semua hal berkaitan.

Selain itu, anda cuba sebut nama mana-mana MUA dekat Malaysia ini. Mesti dia pernah stalk di instagram.

#6. Pro tentang harga sewa atau harga beli

Bila nak kahwin, tentunya kawan anda dan pasangan akan cari rumah untuk didiami bersama kan? Kalau anda tengah cari rumah ke apa, anda boleh tanya mereka yang baru nak berkahwin ini.

Mereka boleh jawab tentang harga pasaran berapa, harga bayaran bulanan berapa, proses nak beli rumah macam mana, kawasan mana yang elok dan lain-lain.

#7. Pro tentang harga barangan rumah

Jika dulunya, kawan anda ini endah tidak endah sahaja tentang harga barangan rumah, sekarang ini semua pun dia tahu.

Daripada barangan elektrik, harga perabot lain hinggalah ke barangan runcit, semua harga dalam otak sudah. Baguslah itu. Kiranya dia dah prepare.

#8. Eksperimen masakan 

Untuk kawan kepada bakal pengantin yang sudah pandai memasak, anda terselamat juga. Bagi bakal pengantin yang baru nak cuba-cuba memasak, kawan mereka ini yang selalu jadi tukang rasa dan makan.

Kalau sedap okay, tapi kalau tak sedap tu kesian sikit. Tapi tak apa lah. Belajar memang kadang kala ada yang tersilap sedikit kan.

Bagi tips memasak sikit untuk kawan anda itu. Sekurang-kurangnya dia optimis dan ada keinginan untuk belajar. Plus, anda pun dapat makan free.

#9. Homesick

Mungkin tidak semua macam ini, tapi ada juga bakal pengantin tidak kiralah lelaki atau perempuan, makin dekat nak kahwin, makin homesick.

Lebih-lebih lagi yang duduk jauh daripada ibu bapanya. Tak apa. Comel apa rindu mak ayah.  🙂

#10. Stress sikit

Apabila ada projek baik seperti mendirikan rumah tangga misalnya, selalunya ada sedikit ujian. Masa ini kawan korang stress sikit.

Kadang kala bila tak tahan itu boleh nangis-nangis. Korang kena kuatkanlah dia.

Apabila tekanan itu datang daripada keluarga atau bakal mentua yang bermaksud tidak boleh masuk campur sebagai kawan, korang dengar sajalah. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar.

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Enjoy this blog? Please spread the word :)